Categories
Mesy ALK KUMB

Mesyuarat ALK Koperasi Udara Malaysia Berhad Kali Pertama pd 11.12.2024

Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi, telah di adakan pada 11.12.2024 pada jam 11.30 pagi di Pejabat Operasi KUMB di alamat 1-2 Tkt 2, Jalan Dagang 4/3, Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan Selangor.

Mesyuarat antara lain telah membuat keputusan berikut:

  1. Pelantikan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Timbalan Pengerusi
  2. Penamaan Biro Biro dan Struktur Anggota Lembaga Koperasi.
  3. Penetapan Logo dan Singkatan nama Koperasi
  4. Kelulusan untuk Koperasi menjadi Anggota ANGKASA
  5. Pembukaan Akaun Bank Rasmi KUMB
  6. Perancangan Aktiviti Quick-Win KUMB
  7. Penyediaan Bajet Operasi 2024/2025
Categories
ORGANISASI

Serahan Sijil Pendaftaran Koperasi Udara Malaysia Berhad oleh SKM pada 9 Dis 2024

KOPERASI UDARA MALAYSIA BERHAD secara rasmi telah mendapat Sijil Pendaftaran pada 9 Dis 2024 dengan No Pendaftaran 202459602442.

Penyerahan Sijil telah diterima oleh rombongan 3 ALK dipilih iaitu Dato’ Abd Majid Zin Mohd Zin, Capt Wan Rahim Wan Daud dan Idris Takyan di Pejabat SKM Hulu Langat.

Categories
ORGANISASI

LOGO BARU KUMB

Mesyuarat ALK KOPERASI UDARA MALAYSIA BERHAD telah bersetuju dengan LOGO dan SINGKATAN KUMB sebagai lambang rasmi KUMB

  1. Warna “Biru” & “Putih” – gagah dan perkasa di Angkasaraya.
  2. Enam(6) anak panah – melambangkan kejituan matlamat yang tinggi
  3. Perkataan KUMB – Jenama K.U.M.B sebagai entiti Korporat