BORANG

Borang Permohonan

Anggota KUMB

Akan Mula Dibuka mulai 15 Disember 2024

Kelayakan menjadi anggota

Keanggotaan KUMB ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas yang berminat dalam industri penerbangan seluruh Malaysia

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi KUMB ini dan dialamatkan kepada Setiausaha KUMB atau Pegawai KUMB yang dipertanggungjawabkan.

Fi Masuk

  1. Permohonan menjadi anggota baru hendaklah dibayar semasa mohon kelulusan fi masuk sebanyak RM100.00 (Ringgit: Satu Ratus Sahaja).
  2. Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
  3. Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan Fi masuk sebanyak RM200.00 (Ringgit: Dua Ratus Sahaja). 
  4. Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.

(BORANG PERMOHONAN ANGGOTA BARU)

Akuan Anggota (IKRAR ANGGOTA)

(1) Tiap-tiap koperasi yang menjadi anggota hendaklah, melalui individu yang diberi kuasa olehnya, menandatangani suatu ikrar bahawa ia akan terikat dengan Undang-undang Kecil ini dan aturan aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan yang dibuat dengan sah.
(2) Sesuatu koperasi yang telah menjadi anggota dikehendaki menandatangani ikrar menurut fasal (1), melalui individu yang diberi kuasa olehnya, dalam tempoh empat belas hari selepas diterima sebagai anggota KUMB.

( Download BORANG IKRAR )

Penerimaan Anggota

Permohonan menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu. Sesuatu koperasi yang diterima menjadi anggota hendaklah diberitahu secara bertulis dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas penerimaannya itu.

Modal Syer Minimum (TAMBAH MODAL SYER)

Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM500.00 (Ringgit: Lima Ratus Sahaja) modal syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai anggota, sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil ini.

Seksyen 33 Akta Koperasi 502 – Menghadkan Modal Syer seorang Anggota tidak boleh melebihi 20% pada satu satu masa.

Semua Permohonan Tambah Modal Syer hendaklah dibuat melalui Borang Tambah Modal Syer dan mendapat kelulusan Mesy ALK

(BORANG TAMBAH MODAL SYER)

Penama

UUK Fasal 18(2) menghendaki Anggota dengan dua(2) saksi menamakan PENAMA yang akan mengambil alih hak anggota setelah kematian anggota.

(Download Borang Penama)