ORGANISASI

KOPERASI UDARA MALAYSIA BERHAD telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 8 November 2024 dengan No Daftar 202459602442.

Alamat Berdaftar

Alamat yang didaftarkan bagi Koperasi ini ialah di alamat 21, Jalan Seri Putra 2/5B Bandar Seri Putra Bangi 43000 Kajang, Selangor.

Alamat Operasi :

1-2 Tkt 2, Jalan Dagang SB 4/3, Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Matlamat

Menurut subseksyen 4(1) Akta, matlamat Koperasi ini ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.

VISI  

Menyumbang kearah pembangunan dan kemajuan masyarakat perkhidmatan udara melalui aktiviti ekonomi dan pembelajaran secara langsung menyumbang kearah kemajuan negara dan bangsa.

MISI 

Menggalakan penyertaan ahli masyarakat perkhidmatan udara dalam bidang berkaitan dan memberi sumbangan dan bimbingan kepada generasi baru dengan pengtahuan dan pengalaman yang sedia ada.

OBJEKTIF

Untuk penubuhan, pengurusan dan pengendalian syarikat penerbangan, penyelenggaraan kejuruteraan penerbangan, Pendidikan, pengangkutan dan lain-lain aktiviti berkaitan.

Fungsi dan Peranan

Fungsi Koperasi ini ialah perkhidmatan.

Aktiviti

Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti berikut:

(a) Menjalankan aktiviti aktiviti berikut:

(i) Pendidikan dan Latihan seperti Penyelenggaraan Pesawat

(ii) Pengangkutan kapal terbang seperti penumpang dan kargo

(iii) Pembekalan dan pemasaran barangan makanan atas talian.

(b)       menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan;

(c)        membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa,  mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;

(d)        melaburkan wang berlebihan di dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;

(e)        mengadakan subsidiari, menurut seksyen 19 Akta, dengan kelulusan Suruhanjaya, dan

(f)        menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi yang lain