PROJEK

Senarai Aktiviti/Projek yang ditawarkan kepada anggota untuk sertai berdasarkan Prospektus yang disediakan mengikut Aturan yang telah diluluskan oleh SKM. Anggota yang berminat menyertai mana-mana Projek akan dikehendaki mengisi borang penyertaan dan melabor dana dalam bentuk SIMPANAN KHAS atau DEPOSIT dengan syarat dan pulangan yang dinyatakan dalam Prospektus.

Setakat ini 2 projek dikenalpasti untuk dijalankan dalam tempoh terdekat.

Khidmat Penerbangan Sewa Khas untuk Penumpang merupakan produk utama koperasi. Sasaran awal adalah Sektor Kesihatan, Sektor Kargo, Sektor Pelancongan dan Sektor Umrah & Haji.

Mesy ALK KALI KEDUA KUMB pada 15.1.2024 telah bersetuju utk melaksanakan PROJEK AMBULAN UDARA – ANGKASA AIR AMBULANCE dengan kerjasama Syarikat NouryAir Services Sdn Bhd sedang dibuat kajian penilaian oleh Pasukan Projek yg terdiri dari pada

  • Capt (B) Wan Rahim bin Wan Daud – Pengurus Projek
  • Dato’ Abd Majid Zin bin Mohd Zin
  • Hj Kasmani bin Abu Hassan

Dalam usaha untuk mengaktifkan keanggotaan Anggota KUMB ditawarkan untuk menjadi Agen Pemasaran Produk-produk di kalangan anggoa melalui platform eCommerce RUMAH REZKI.

Antara Produk yang dicadangkan ialah KURMA SEJUK BEKU, IKAN BILIS, KEROPOK LEKOR, SERUNDING DAGING sempena musim perayaan Bulan Ramadhan dan Aidil Fitri tahun 2025.

Mesy ALK KALI KEDUA pada 15.1.2025 telah bersetuju dengan cadangan memulakan PROJEK AGEN PRODUK RUMAH REZKI yang akan diuruskan oleh :

  1. HJ JAAFAR YAACOB – Pengurus Projek
  2. IDRIS TAKYAN

Anggota boleh mendaftar sebagai Agen dan mengemukakan cadangan kepada Pengurusan RUMAH REZEKI produk yang boleh dipasarkan dalam platform yang disediakan.